Kalli – Ulat Krimas
Pada suatu masa dahulu, adanya seekor ulat dengan namanya Kalli duduk di tempat yang bernama Betlehem. Ia adalah seekor ulat yang baik hati dan ia cuba menghindar diri daripada masalah. Akan tetapi, ini sangat sukar baginya. Ia selalu membuat pilihan yang tak betul.
Pada suatu hari ketika mencari makanan, ulat muda ini memutuskan untuk mendaki ke puncak bukit. Sebaik sahaja ia tiba ke puncak bukit, ia perasan adanya satu gua yang besar dikelilingi dengan batu-bata. Kalli teruja untuk meneroka gua besar tersebut. Ia tak pasti kalau ia hendak masuk gua gelap itu, tetapi ia memutuskan untuk masuk ke dalam gua itu juga.
Sebaik sahaja ia masuk gua itu, Kalli rasa sejuk dan sepi. Ia sangat takut kerana ia tidak pernah bersendirian di tempat yang gelap sebelum ini. Ia berpatah balik secepat mungkin dan keluar dari gua itu. Malangnya, ulat kecil ini terjatuh ke dalam batu-bata dan ia tidak ingat jalan keluar. Pusing ke kanan atau ke kiri? Kalli tidak tahu langsung!
Kalli telah lama sesat di dalam gua itu dan ia fikir ia akan terperangkap seumurnya. Ia tersesat dalam kegelapan dan ia bagitau sendiri, “saya berharap saya tak pernah masuk gua yang menakutkan ini.” Kalli berasa takut kerana ia tidak tahu apa yang ia boleh buat.
Ia berputus asa dan tidak pun harap ada yang dapat carinya. Tiba-tiba, ia terdengar suara keldai, lembu dan kambing. Suara-suara mereka membuat ia gembira kerana ia tidak lagi berseorangan dalam gua itu.
Ia adalah malam yang sejuk dan berangin di Bethlehem. Para gembala pun membawa binatang mereka tidur dalam gua. Setelah para gembala masuk gua itu dengan lilin, Kalli sedar begitu besarnya gua itu. Di dalam ruang yang besar itu, para gembala tumpukan jerami untuk binatang supaya mereka tidak rasa kesejukan masa tidur. Seperti haiwan yang lain, ulat itu mengantuk setelah keletihan sepanjang hari. Tidak lama kemudian, semua pun masuk tidur dengan nyenyak.
Pada keesokan hari, para gembala mengejutkan binatangnya dan tiggalkan gua itu secepat mungkin. Semua orang telah pun meninggal gua itu semasa Kalli bangun. Para gembala dan binatang sekalian bangun awal untuk menikmati kehangatan matahari. Kalli berkata, “ Apa saya boleh buat sekarang?”. Ia berasa ia akan tinggal di dalam gua itu sepanjang umurnya.
Para gembala kembali ke tempat perlindungan tersebut dengan binatang-binatang pada waktu malam yang sejuk. Kalli berasa lega dengan ada orang lain bersamanya di dalam gua itu. Tetapi ia menangis kerana ia tahu ia tidak akan dapat keluar dari gua yang besar itu. Walaupun binatang masih berada di situ, kakinya terlalu pendek untuk mengikut para gembala atau binatang keluar dari tempat gelap itu.
Pada masanya ia mengasihi diri sendiri, sesuatu berlaku. Seorang lelaki bernama Joseph masuk ke dalam gua itu. Dia tengah bersiap sedia jerami tetapi bukan untuk binatang. Jerami ini untuk isterinya, Mary yang perlu bersandar kerana dia perlu bersalin.
Ulat itu terpikat dengan Mary yang mendukung bayi yang baru lahir dan dia beri nama, Yesus. Bayi ini penuh dengan cahaya dan cinta. Apabila Kalli tengok Yesus, dia tidak bersendirian ataupun takut seperti apa yang ia melalui.
Pada malam yang sama, gembala lain masuk ke dalam gua itu dan mula menyanyi pada bayi Yesus. Gua itu gelap sebelum itu, tetapi ia penuh dengan cahaya dan semua berasa gembira dan tenang sekarang. Kemudiannya, tiga orang yang bijak mengikuti bintang sinar datang memberi hadiah Krimas kepada bayi Yesus. Mereka menghadiahi-Nya emas, kemayan dan mur.
Kalli pun berasa hairan dan kagum dengan bayi ini yang membawa kebahagiaan kepada semua yang datang mengunjungi-Nya. Ia berasa sedih kerana ia tidak ada hadiah untuk bayi Yesus. Dia fikir, “ saya hanya seekor ulat yang bersendirian dan sesat di dalam gua ini, apa hadiah yang saya ada boleh bagi kepada bayi ini yang bekalkan cahaya?” Ia fikir, fikir, dan fikir.
“ Saya tahu!” Kallie berkata. Ia sangat gembira dengan hadiah yang akan diberikan kepada Yesus. Ia akan balut dirinya sebagai hadiah Krismas. Ia membuat kepompong dengan berhati-hati supaya ia boleh masukkan dirinya ke dalam bungkusan itu. Kalli hanya boleh berfikir bagaimana ia mahu memberi hadiah kepada Yesus seluruh hari.
Setelah tempoh yang singkat, Kalli keluar dari kepompong itu. Ianya ketika itu menemui keajaiban Krismas. Ia bukan lagi seekor ulat yang terperangkap dalam gua. Ia sesuatu ciptaan yang baru, ia seekor rama-rama yang mempunyai pasangan sayap berbentuk hati.
Kalli terbang keluar dari kegelapan ke tempat yang bercahaya dengan senyuman. Ia tahu ia telah membuat pilihan yang betul dan Yesus gembira dengan hadiahnya. Setiap kali melihat rama-rama terbang di udara, kita sentiasa mengingati berikan hati kita kepada Yesus.
Sekian.